PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meluahkan kebimbangan mengenai kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M).
Beliau berkata, masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menarik perhatian dan tindakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada masa depan.
“Ini satu penyakit yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.
"Sejak empat tahun lalu banyak kelab yang telah kita singkirkan seperti Perlis dan Melaka.
“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka, berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan,” katanya.
Beliau mengulas mengenai masalah kewangan yang dihadapi Kuala Lumpur (KL) City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) biarpun saingan Liga Super 2024/25 dijadual bermula Mei depan.
Isu tersebut dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas Perlis dan Melaka United FC.
Hamidin risau sekiranya situasi berkenaan berterusan, KL City dan KDA berpotensi dikenakan tindakan daripada FIFA termasuk sekatan perpindahan.
“Perkara sebegini tak berlaku dulu, 20 hingga 30 tahun lepas ketika zaman saya bersama Selangor.
"Apa yang hairannya ialah benda ini terjadi sejak tiga atau empat tahun lalu.
“Apabila Melaka (United) dan Perlis kena (disingkir dari Liga Super) ia seolah-olah tak diendahkan (masih berlaku). Itu yang saya hairan,” katanya.
Beliau menjelaskan, FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak berkompromi dengan isu berkenaan dan tindakan tegas bakal diambil.
“Saya yakin pihak penganjur MFL sedang berbincang untuk mengambil tindakan yang tegas.
“Apabila ada yang kata MFL dan FAM tak ambil tanggungjawab, kita sudah ambil tindakan. Banyak kelab kita telah singkirkan.
“Tapi yang menjadi kerisauan kita ialah makin banyak pula kelab yang bermasalah,” katanya.
Sebagai rekod, KL City dan KDA FC diberi tempoh oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka sehingga akhir bulan ini.
Sekiranya masih gagal melunaskan tunggakan gaji tersebut, kedua-dua kelab berdepan kemungkinan tidak beraksi dalam Liga Super musim ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 20 2024
Hamidin meluahkan kebimbangan mengenai kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M). - Gambar fail Bernama
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Selain gaji minimum, jurang upah pelbagai dimensi perlu diatasi - Pakar
Antaranya termasuk kesenjangan upah antara jantina, etnik, kumpulan umur, aktiviti ekonomi, dan negeri.
Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.
Cheng Hoe masih kekal dalam perancangan FAM
FAM dijangka mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe bagi membimbing skuad Harimau Malaya mengharungi baki pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Kejuaraan AFF Suzuki yang ditunda.